ketika rindu berlabuh.. terasa tersentap oleh memori
kenangan bersama
wah rindu bangat.. Tuhan je yang tahu ...
dulu bleh lah jeritan, tangisan dan gurauan mu memecah kesunyianku
dari tapak kaki mu sebesar ibujari ku....
mmg kau adalah yg teristimewa
telatah yg sukar ku padamkan dalam memoriku
yg kini kau tiada lagi disisi
walaupun sukar bagimu untuk berpisah denganku
apatah lagi aku .. kerna terpaksa sayang
memori bagaikan kisah silam yang melukai hati ku...
rindu yg tidak dapat diubati kerna kau tiada disisi
moga2 kini kau bahagia disana...
rindu jeritanmu memanggil namaku "MAMA"..
walaupun ku tahu kau ada MAMY...
oh... bukanlah aku ibumu seorang..
akan ku simpan memori itu agar engkaulah putera hati
yang ku kenal dulu...
sukar bagiku mendapat pengganti mu..
coretan yg sentiasa mengigatkan kamu disana
nama mu tetap terpahat dihatiku
AHMAD AZIZI FIQHRI nama ku berikan
Lahir 20hb 04 2001
Kidal, nakal, manja, pakai puting sampai umur 5tahun
pandai menulis & membaca dari umur 4 tahun
suka meniru gaya, percakapan kartun
pernah jatuh dibilik mandi baby sitter dan luka di kening
5 jahitan di kening dibuat di Hospital Miri
terkena bucu tingkap semasa berlari2
terluka di kepala 2 jahitan...
pandai menyanyi lagu2 terkini...
cepat belajar apa yang dibuat... mengikut kata ibubapa
rindu saat manis bersama nya....