Ahad, 20 Mac 2011

aSmArA hUjUnG mINggU, PENTING!!!!!

Bagaimana perasaan anda apabila suami tak peduli saat anda mengimpikan untuk menghabiskan masa bermesra pada hujung minggu yang santai? Anda tak puas hati melihatnya asyik memegang HANDPHONE, PS2, PS3 dan macam-macam lagi sambil senyum-senyum sendiri. Kalau sudah sesibuk itu pasti semua certa yang anda sampaikan jadi tak menarik lagi. Apatah lagi luahan perasaan anda yang baginya jadi tak penting. Tak ada masa nak dengar sebab anda bukanlah menjadi sesuatu yang digemarinya seperti dulu masa baru berkahwin.

Peliknya, walaupun suami tak peduli, sempat juga dia minta untuk anda sediakan. Kopi mahupun teh panas misalnya sambil menikmati kesibukannya itu. Hari Ahad yang malang bagi anda dan nikmat baginya! Anda pula tenggelam dalam gelombang perasaan yang menyakitkan. Marah, tak puas hati, sedih, rasa tak dihargai akhirnya mati dalam satu rasa yang bernama redha. Terima sajalah dah tugas aku sebagai isteri, kalau tak nak nanti dia cari palayan indon susah juga. 

Hujung minggu atau hari-hari cuti lainnya adalah masa yang sesuai untuk berjinak-jinak dengan pasangan, suapaya anda boleh menebus peluang yang terlewat selama beberapa hari kerana urusan karier dan keluarga. Jangan biarkan masa bersama jadi tak sihat, masing-masing membawa diri seolah-olah tak perasan ada hati yang mesti dibelai.Sentuh-sentuhlah pasangan walaupun tidak berhujung dengan aktiviti seksual. Tidak semua sentuhan bertujuan ke atas katil, setidak-tidaknya hantar mesej mesra, berbisik-bisik manja mahupun bergurau manja kepada pasangan kita. 

1SENTUHAN KULIT 
Saat anda pulang ke rumah membawa kesan-kesan stres dari pejabat dan dari serabutnya lalu lintas yang sesak, tiba-tiba disambut dengan pelukan hangat atau ciuman tangan yang mesra tentu hilanglah segala kesusahan dari hati kita. Apatalah lagi dihidangkan teh mahupun kopi panas sambil bersembang-sembang mesti tidak ingat lagi masalah-masalah yang singgah hari itu. Tak salah jika isteri yang mulakan menyentuh suami dan jangan malu untuk meminta suami menyentuh anda. Letakkan tangan suami ke bahu anda sambil duduk berdekatan mahupun berpegangan tangan antara satu sama lain. Nikmati suasana seperti dua orang sahabat yang meluangkan masa bersama.

2 SENTUHAN MATA 
Sesibuk apa pun, pastikan anda menatap mata pasangan ketika dia bercakap. Bercakap tanpa memberi tumpuan kearah matanya meninggalkan kesan seolah-olah dia tidak penting. Tapi jangan sorot mata anda kalau sendang marah, merajuk dan mengamuk. Sembunyikan saja pandangan mata itu sementara sampai keadaan terkawal. Jika suasana kemabali hangat, cubalah menjeling-jeling manja secomel kanak-kanak yang minta perhatian ayahnya. Pandanglah pasangan dengan penuh minat.

3 SENTUHAN KATA
Hari Ahad jadi ceria dengan cerita-cerita lucu penawar stres. Jangan paksa anda melakukan kerja-kerja yang meletihkan kerana boleh mengundangkan tekanan. Nikmati hari andan dengan santai sambil bergosip bersama suami. Kalau suami nampak sibuk sendiri, temani saja jangan peduli biarpun dia tak peduli. Kawal kata-kata yang ingin diluahkan adakah ia  bersesuaian dengan mood pasangan. Kalau anda minta layanan, mintalah dengan cara memuji kerana isteri bukan orang gaji yang sesuka hati boleh di kuli.

4 SENTUHAN TELINGA 
Jia anda sedang sedih yang paling anda perlukan adalah pasangan anda mendengar kesedihan itu. Jika anda gembira anda mahu si dia mendengar sepenuh tumpuan cerita gembira anda. Tidak ada yang lebih membahagiakan anda selain berkongsi dengan pasagan. Dengarlah walaupun anda tak mampu memberi penawar dari anda tak jumpa jalan keluar yang diminta. Dengarkanlah walaupun tak faham, dengarkanlah walaupun ceritanya tak menarik, dengarkanlah walaupun hati anda rasa sakit. Biar kekasih anda sedar bahawa hanya anda seorang yang setia mendengarkan segala-galanya tentang dia. Tunjukkan bahawa cinta itu bermula dari saat anda mendengar luahan hatinya yang menyatakan I LOVE U. Mengapa pula anda tutup telinga selepas kata itu berlalu?

5 SENTUHAN HATI 
Bermacam-macam masalah datang dari yang kecil sambil yang membesar-besarnya. Tapi semua itu, jadi tak penting jika hati sudah disentuh. Hatilah punca segala bahagia. Orang yang kaya tak bermakna kehidupan rumah tangganya hebat. Semua bergantung pada hati, jika sihat hati baiklah seluruh panca indera. Syarat memiliki hati yang sihat, sentuhlah dengan ayat-ayat Allah SWT. Dekati ilmu yang memberi motivasi dan amalkan ajaran agama berlandaskan al-Quran dan sunnah. 
Rasulullah SAW memberi teladan kepada setiap pasangan yang impikan kebahagian agar mereka saling memberi sentuhan. Saat bahagia Aisyah RA menjadi kenangan yang takkan terhapus dalam hati umat Rasulullah SAW. Ketika Aisyah berkata : Baginda SAW menyuruhku berdiri di belakangnya dan pipiku menyentuh pipinya." (Hadis riwayat iman Al-Bukhari dan Muslim). Betapa indahnya kenangan itu, harap anda dan pasangan boleh merakamkannya dalam kisah percintaan yang BAHAGIA.


Hanya ingin berkongsi.... betul atau tidak... jawapan di tangan anda.....

Jumaat, 18 Mac 2011

dah lama betul tak bukak blog aku nie...
hampir2 terlupa lak password nyer .. adeh.. nasib baik tak bersawang....
nasib baiklah ... cuba dicuba dpt gak buka.. kikikiki.. wat lawak ...
pasal blog nie... mmg bagus tuk luahkan perasaan ..
sama la cam kita cakap owg tak dengar & tak akan jawap pun
suka ati apa nak cakap sampai hati rasa lega, stress ilang .. iyer ke ????
emm ... cam tak betul je... stress tu tetap ada... tapi pandai2 ar nak ilangkan
minggu nie adalah cuti minggu sem. pertama sekolah yg dibagi seminggu bercuti
konon2 nak ringgan kan beban kepala otak para pelajar2 mahupun guru2 ... iyer ke..???
aku pun sempat gak apply cuti sehari dua tapi gi gak opis nak wat kerja2 yg lom siap...
apa lagi wat GAJI
tahun nie aku wat gaji staff ... ayooo. byk pembaharuan, belajar pulak sendiri..ada gak belajar sepintas kilat
dengan kawan sekerja tapi tak bleh pakai gak .. sama je kena KUIRI
kena belajar sendiri... tanya kawan, tgk proses2 terdahulu.. mula2 tu tension gak
tapi dah tau sikit demi sikit bleh lah senyum2 kambing...
sebab utama nak wat nie bukan apa senang sikit kos sy yg buat perubahan nyer apasalah nyer terus je wat proses pembayarannya, mmg dah satu jalan ...
apa2 KUIRI or kena wat surat tunjuk sebab kta tak pointed kat owg lain.....
kalau tak aku jugak disalahkan kos wat KEW8 lambat, selalu kena betulkanlah.....
walaupun kekadang tu bukan salah kat aku ttp aku gak disalahkan.... ayoooo...
tapi tak pe .. skarang nie belajar merangkak2 dulu dah tarer nanti banyak pulak yg akan mintak ajar
insyaAllah pasti sy akan ajarkan......
yang penting aku tetap akan senyum dengan setiap apa jua dugaan
walaupun kekadang tu menyakit kan hati .... 
adios......XxXxXx