Ahad, 31 Julai 2011

Manusia hari ini

sebenarnya aku nak kongsi bersama 
dari seorang temanku yg pernah aku kenal 
sejakdari kecil lagi 
kata2 nya amat menyentuh perasaanku 
bukan apa, yg ditulis nyer tu mcm ada persamaan nyer 
tapi mmg benar pun 
jom baca je la kebenaran apa yg diluahkan


Bismillahirahmannirrahim..

Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Siapa tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah,
Siapa tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Siapa tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Siapa tahu yang menawan itu kerana bersih hatinya dan mindanya
Siapa tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.
Hanya tuhan yang mengetahui apa yang tidak nampak di mata dan yang tersembunyi di hati manusia.. 

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api... satu benda yang kita lihat/fikir, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihat dan mentafsirkanya..
wallahu'alam.
Sama-samalah kita saling ingat mengingati dan menyampaikan..buat diri sendiri dan bagi yg mudah lupa..



p/s : mmg ada kebenaran nyer pun...
lu pikir la sendiri bak kata NABIL rajalawak 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan